08 July 2010

Separuh akhir Piala Dunia 2010 : Jerman 0, Sepanyol 1

Salam semua. Entry ni sepatutnya diterbitkan sebaik sahaja perlawanan antara Jerman & Sepanyol berakhir tetapi disebabkan mata teralu mengantuk, saya simpan dulu sebagai draf. Nampaknya ramalan yang mengatakan Sepanyol akan menang benar2 berlaku apabila ketua pasukan Sepayol, Carles Puyol berjaya menanduk masuk gol kemenangan menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Moses Mabidha Stadium, Durban malam tadi.

Pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka malam tadi

Keputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73. 

Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City.
Sumber : Utusan Online 
 * Hmm..agak2 siapa yang akan menang Piala Dunia tahun ni ye? 

2 comments:

  1. puyol, selalu bagi own goal jek kat barca.. haha! :P tapi kali ni dia berjaya!!!

    hahaha! padan muka germany.. goal england pun dorg boleh kata tak goal.. haha! bagus2... janji bukan germany di final.

    ReplyDelete
  2. kita tunggu perlawanan akhir nnt :)

    ReplyDelete