Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Salam semua. Minggu ini, sekolah kami mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform yang bermula pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 (3 hari 2 malam). Penyertaan terbuka kepada 31 orang bagi setiap unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Pertahanan Awam (KPA), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Bomba & Penyelamat serta Silat

 Barisan Pemimpin Unit Beruniform
(Gambar semasa Hari Kecemerlangan Pelajar 2010)

Banyak aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang bakal dipertandingkan pula adalah pertandingan kawad kaki & malam kebudayaan. Insya Allah saya akan ceritakan perjalanan perkhemahan ini dalam entry yang lain. Tunggu!

** teringat semasa Perkhemahan Pengakap di Kedah tahun lepas bersama kawan2 KPLI-KDC.

Post a Comment

0 Comments