Juara Mentor 4 milik Mohd & Ziana Zain

Saya baru saja balik dari rumah abah - makan sate. Sambil makan, tengok rancangan Mentor 4. Saya tidak mengikuti rancangan ini sejak dari mula. Tapi, saya tahu malam ni adalah malam penentu untuk juara mentor antara Adi, Nani & Mohd. Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung melalui Mentor 4 Chat Dengan Abang Nas.

Keputusan Mentor 4
Adi : 62
Nani : 51
Mohd : 71

Mereka menyanyikan tiga buah lagu secara berselang-seli, sebuah lagu, persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing dan berduet bersama artis pilihan.

Nani menyampaikan lagu baru - Terhenti Di Tanda Koma, medley Suci Dalam Debu dan Livin’ Da Vida Loca. Beliau juga membuat persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih.

Mohd. menyanyikan lagu baru - CintaTragedi Oktober dan Itu Kamu dan berduet dengan Fiq lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

Adi pula menyampaikan lagu Tafsirkan Cinta, Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia juga berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Format pemarkahan pada Mentor akhir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional dan 30 peratus melalui undian khidmat pesanan tingkas (SMS). Bagaimanapun 20 peratus lagi adalah pilihan juri awam yang terdiri daripada penerbit program hiburan, pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Johan Mentor4 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi, naib johan memenangi wang tunai, RM30,000 dan trofi & tempat ketiga akan menerima RM10,000 dikongsi bersama mentor dan protoge masing-masing.

Post a Comment

0 Comments