16 July 2010

Laporan Hari Interaksi dan Tautan Kasih

Alhamdulillah..Hari Interaksi dan Tautan Kasih yang diadakan pagi tadi berjalan dengan lancar. Sebelum melangkah masuk ke kelas, saya isi perut dulu di kantin. Hari ni kantin hanya menjual nasi ayam sahaja. Selesai makan, saya terus ke bilik guru untuk mengambil report card pelajar 5 Firdaus.

 Report card murid 5 Firdaus

Waktu saya masuk ke kelas, ramai juga ibu bapa/penjaga yang sudahpun menunggu giliran masing2. 

 Ibu bapa yang hadir

Kami gunakan sistem nombor bagi melancarkan lagi perjalanan majlis ini. Kiranya, ibu bapa  akan berjumpa dengan saya mengikut nombor yang mereka dapat.

Nombor giliran yang dibuat oleh pelajar perempuan

Selain nombor giliran, cupcake & air kotak juga telah disediakan oleh pelajar untuk diberi kepada ibu bapa yang hadir.

Makanan & minuman

Semasa menandatangani report card, pelajar akan duduk bersama ibu bapa/penjaga untuk melihat keputusan Ujian Bulanan 1 & peperiksaan pertengahan tahun 2010. Dengan cara ni, ibu bapa dapat berbincang dengan guru bagi mengetahui kekuatan & kelemahan anak masing2.

Di bawah ni antara gambar2 saya semasa sesi interaksi bersama ibu bapa & pelajar dijalankan di kelas 5 Firdaus.


Majlis ni selesai lebih kurang jam 11.40 pagi. Daripada 24 orang pelajar, hanya 4 orang pelajar yang ibu bapanya tidak dapat hadir. Apa2pun saya telah serahkan salinan keputusan peperiksaan kepada pelajar tersebut untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. 

Oh ya! nampak tak beg gambar kartun tu? Itu hadiah dari seorang pelajar semasa majlis tadi. Katanya hadiah tu sempena hari guru & harijadi saya bulan Januari yang lepas : "Terima kasih banyak2 Aiza Izatie & ibu bapanya."

Jom tengok apa yang ada dalam beg hadiah yang saya dapat & cupcake yang dibekalkan oleh pelajar sebelum balik sekolah tadi :)



0 Comment:

Post a Comment