Pulau Pangkor : destinasi percutian

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-6 cuti sekolah. Hujung minggu lepas (hari Sabtu & Ahad) saya sekeluarga sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar. Hari Isnin sehingga hari ini saya tidak keluar ke mana2, cuma berada di rumah. Fuhh..agak bosan juga.

Sebenarnya sejak semalam saya & suami memikirkan ke manakah destinasi percutian kami kali ini. Banyak juga destinasi yang jadi pilihan. Antaranya :-
1. Bukit Tinggi, Pahang
2. Genting Highland
3. Port Dickson
4. Langkawi
5. Kuala Lumpur



Akhirnya, petang tadi kami sepakat untuk bercuti ke Pulau Pangkor (walaupun tiada dalam senarai di atas). Dah lama juga tidak ke sana. Kali terakhir kami ke Pulau Pangkor pada bulan Oktober 2008. Kami memilih untuk ke sana kerana jarak di antara tempat kami ke Pulau Pangkor tidaklah begitu jauh & yang pastinya Amir sangat suka bermain air, jadi kami sebulat hati memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian kali ini.

Suami & Amir

Post a Comment

3 Comments

  1. I haven't been there yet. Wish to be there one day.

    ReplyDelete
  2. walopun my kampung dlm 1 jam je nak ke lumut.. seumur hidup xpernah g pangkor.. paling2 pun g teluk batik or lumut je... heheheh...

    ReplyDelete
  3. jfook : yup :)

    chekna : sejam? org mana? ntah2 dekat je dgn saya

    ReplyDelete