02 June 2010

Pukulan anak dehaka

AMPANG: Hanya kerana tidak mahu memperlahankan bunyi televisyen, seorang bapa cedera di kepala dan badan selepas dibelasah menggunakan topi keledar oleh anak lelakinya. Difahamkan, kejadian berlaku Sabtu lalu kira-kira jam 9 malam ketika dua beranak terbabit berada di ruang tamu di rumah mereka di Pandan Indah di sini.

Ketika itu, mangsa yang berusia 40-an menonton televisyen dengan bunyi yang dipasang agak kuat menyebabkan anaknya menegur perbuatannya. Menurut sumber, anak mangsa yang berusia 19 tahun terbabit meninggikan suara meminta bapanya memperlahankan bunyi televisyen itu.

Mangsa yang tidak berpuas hati menegur sikap anaknya yang dianggap biadab. Tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran. Dalam pertengkaran itu, anak lelakinya tiba-tiba naik marah lalu memukul kepala dan badan mangsa menggunakan topi keledar berkali-kali. Pergaduhan dua beranak itu hanya berakhir selepas anak mangsa keluar dari rumah.
Untuk membaca berita penuh sila click SINI

Apalah nasib ibu bapa sekarang. Tak pasal2 kena pukul dengan anak. Ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak2 atau anak2 mendidik ibu bapa? Fikir2kan..

0 Comment:

Post a Comment