30 June 2010

Pertama kali dapat Buffered Earnings

Semalam, saya perasan iklan nuffnang asyik hidup je walaupun belum tiba masa untuk hidup. Yang saya tahu, iklan nuffnang biasa hidup pukul 12 a.m & 12 p.m (tolong betulkan kalau pernyataan saya ni salah). Waktu saya buka blog dalam pukul 11 pagi, saya tengok iklan2 tu hidup & menari2. Bila check waktu balik sekolah, petang & malam iklan tu masih lagi ada. Hmm..terfikir juga : "entah2 nak dapat Buffered Earnings".

Saya pun check akaun nuffnang. Tu dia..memang betullah dapat 2 Buffered Earnings. 
Dua2 iklan ni untuk Leaderboard (LB)

Err..malu nak tunjuk Current earning 


 Astro B Player

 LG Cookie

Untuk kali pertama dapat Buffered Earnings saya rasa biasa2 aje. Tidaklah terlalu excited. Saya register nuffnang pada 8 Disember 2009 & pasang iklan nuffnang pada akhir bulan Februari 2010. Agaknya kalau lebih awal saya pasang, dah tentu banyak pendapatan yang dapat, kan? Err..saya berblog bukan kerana duit tau.

Tapi, bila tengok hasil pendapatan DaHLia dengan nuffnang, fuhh..memang sangat menakjubkan. Siapa yang saje2 nak bagi jumlah sebanyak itu kalau bukan nuffnang. Sila baca entry DaHLia tentang 2nd Cashout; Nuffnang Gives Me More Than RM1000!

* Terima kasih banyak2 nuffnang. Lain kali bagilah Buffered Earnings banyak2 lagi :)

3 comments:

  1. tahniah!!!!
    kan dah cakap, rezeki tu ttp akan ada nnti :)

    anyway, kira awal la tu dpt buff, sy ni lambat berbuff..

    tq sbb link daku..hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih semua.

    DaHLia, lambat berbuff tapi earningmu tetap banyak. ok, sama2 kasih :)

    ReplyDelete