04 June 2010

Pelajar hamil luar nikah


Terbeliak mata saya membaca Berita Harian online awal pagi ni. Setiap hari ada saja berita yang diluar jangkaan. Kadang2 saya suka juga membaca MyMetro & dah tentulah berita2nya jenis yang HOT sahaja. Kali ni nak kongsi berita tentang pelajar hamil luar nikah. Sebagai seorang cikgu, saya sendiri amat sedih sekiranya kes2 sebegini berlaku kepada pelajar. Bayangkanlah bagaimana masa depan pelajar tersebut. Dah tentulah masa depannya akan GELAP. 
KUALA TERENGGANU : Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.

Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.
Untuk baca berita penuh sila click SINI 

"Kita sering terlepas pandang akan kesalahan remaja lelaki apabila cerita buang bayi diperkatakan. Kita hanya nampak perempuan yang mengandung dan melahirkan bayi secara haram. Kerja haram ini adalah kerja berdua dan sememangnya kedua-duanya harus dihukum dan dikutuk.

Kenapa agaknya yang lelaki bebas dari pandangan? Walaupun yang membuang bayi adalah si ibu tetapi yang punya angkara adalah si lelaki, sembilan bulan yang lalu!"
Tulisan Aznil Hj Nawawi tentang Hukum Pelaku Zina dalam Harian Metro

0 Comment:

Post a Comment