Iklan Nuffnang : Sony DSC-TX5

Waktu saya sedang berehat2 sambil menonton TV & melayari internet (blogwalking,  facebook & online shopping) tiba2 iklan nuffnang ni muncul di semua bahagian blog. Fuhh..rasanya masa blogwalking tadi ternampak juga iklan tu di blog lain, tak sangka pulak tiba2 iklan SONY ni muncul di blog saya. Terima kasih nuffnang :)


Rupa2nya iklan tu tentang kamera Sony - 10.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot (Green). Memang sangat cantik dengan pelbagai warna & harganya juga boleh tahan -  RM1, 499.00 :) Yang paling best - slimmest water-proof camera!
Cerita tentang kamera, sebenarnya sebelum saya beli kamera jenama Sony Cyber Shot, saya telah guna kamera jenama Digi Camera (berwarna merah) selama setahun lebih. Malangnya  kamera itu telah rosak semasa percutian kami di Pulau Pangkor. Kerana nak menyelamatkan Amir dari terjatuh dalam air, akhirnya kamera yang saya pegang di tangan kanan termasuk dalam air. Nasib baik memory card masih boleh diselamatkan.

Gambar terakhir yang diambil sebelum kamera masuk dalam air

Untuk mengubati rasa sedih, kami suami isteri bersetuju untuk beli kamera baru. Masa tu seminggu je lagi nak sambut hari raya. Mana boleh takde kamera, tak meriahlah sambut hari raya kalau tak ambil gambar, kan? Tapi sekarang, kamera ni pun dah jarang2 digunakan sebab kami dah ada DSLR :)
 

Post a Comment

0 Comments