Hari pertama di Pulau Pangkor

Dalam entry yang lepas saya ada beritahu yang kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Pangkor sempena cuti sekolah ni. Alhamdulillah, hari yang ditunggu2 untuk pergi ke sana sampai juga, iaitu pada hari ni. Percutian kali ni selama 3 hari 2 malam.


Awal2 pagi lagi kami dah berkemas2 untuk pergi. Patutnya bertolak dari Sungai Besar ke Pulau Pangkor pukul 11.00 pagi tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, kami bertolak  pada pukul 2.00 petang. Sampai ke Jeti Lumut lebih kurang pukul 3.30 petang & perjalanan diteruskan dengan menaiki feri. Sepertimana yang kami jangka, orang tidaklah begitu ramai memandangkan esok adalah hari Isnin, orang mula bekerja.

Sampai ke Pulau Pangkor lebih kurang pukul 4.oo petang. Hmm..dah banyak perubahan di sini. Kali terakhir kami datang, tempat ni masih dalam pembinaan. Hari ni kami lihat keadaan di sini semakin cantik & lebih teratur. Kami menaiki van untuk ke tempat penginapan yang sudah ditempah yang terletak di Teluk Nipah.

Aktiviti mandi laut & bersiar2 di Pulau Pangkor akan dimulakan esok. Malam ni kami hanya berehat di bilik sambil menonton perlawanan bola. Tak sabar rasanya nak menunggu hari esok :)

Post a Comment

1 Comments