04 June 2010

Hadiah untuk siapa?

Salam semua. Bila tengok kalender & kira hari dengan jari, rupanya hari ni adalah hari terakhir persekolahan. Huhu! Seronoknya cuti. Nampaknya cikgu Laili pun teruja nak bercuti selain anak murid. Tibanya cuti sekolah maka musim kenduri kahwin pun bermula.

Petang semalam, balik dari sekolah saya pergi ke Billion untuk beli hadiah. Pusing punye pusing supermarket tu, akhirnya jumpalah apa yang dicari - HADIAH. Agak2 hadiah yang cantik ni untuk siapa?


Jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.

Hadiah ni untuk adik ipar, Aja & pasangannya, Latif. Majlis pernikahan akan diadakan hari ini & majlis kenduri pihak pengantin perempuan akan diadakan esok. Hari Ahad pula majlis kenduri pihak pengantin lelaki. 

Untuk Aja & Latif :
"Selamat pengantin baru & melayari alam perkahwinan. Moga bahagia hingga hujung nyawa, insya ALLAH :) "

0 Comment:

Post a Comment