08 June 2010

Cuti sekolah

Hari ni masuk hari ke-4 cuti sekolah. Hari Sabtu & Ahad saya sibuk dengan kenduri adik ipar. Ini kenduri kahwin pertama yang diadakan sejak saya kahwin dengan suami (suami anak ke-2). Persediaan kenduri dah dibuat sejak awal lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk adik ipar & pasangannya, "Selamat Pengantin Baru".

Cuti sekolah ni banyak juga rancangan yang sudah dibuat oleh saya & suami. Apa2pun kertas periksa perlu siap ditanda sebelum bermula sesi persekolahan yang baru. Tahun ni tak banyak skrip yang perlu ditanda :

1. Sejarah Tingkatan 5 : 66 calon (3 kelas) merangkumi Kertas 1 (objektif) + Kertas 2 (4 soalan struktur & 3 soalan esei). Sebelum cuti saya dah siapkan menanda Kertas 1 & semua bahagian Struktur. Yang tinggal hanya soalan esei sahaja.

2. Tafsir Hadith Tingkatan 2 : 115 calon (3 kelas). Hanya soalan struktur & saya belum usik apa2pun.

Harap2 semua kertas siap ditanda sebelum hari Jumaat ni. Hujung minggu ni kami sekeluarga akan ke KL - cuti2 Malaysia :)

0 Comment:

Post a Comment