29 June 2010

Blog 5 Firdaus 2010


Salam semua. Hari ni saya nak perkenalkan sebuah blog yang dibina oleh anak murid saya untuk kelas kami iaitu blog  5 Firdaus 2010. Blog ini baru saya dibina pada 15 Jun 2010. Sebagai guru kelas, dah tentulah saya berasa bangga dengan kewujudan blog ini.


Kalau anda tanya saya, bahagian mana yang paling saya suka dalam blog ini, dah tentulah saya akan jawab macam ni : "saya paling suka bahagian pujian untuk guru kelas." Hehe! Kembang kempis saya jadinya :)  Blog ini masih baru & sudah semestinya setiap bahagian dalam blog ni ada kelebihannya tersendiri. Insya Allah blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cerita tentang kelas : tahun ni saya dapat 24 orang anak yang dah besar (17 tahun)  - 10 lelaki & 14 perempuan. Berbanding tahun lepas, saya dapat 38 orang anak tingkatan  1 (13 tahun). Rasanya tak perlulah saya perkenalkan seorang demi seorang anak murid saya. Anda boleh terus singgah ke blog 5 Firdaus. Untuk anak2 murid 5 Firdaus : 

"Belajar rajin2 & semoga berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2010. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian."

2 comments: