ASTRO : MySTORY 2010 Campaign

Waktu menaip entry ni, saya perasan ada 2 iklan nuffnang yang hidup di blog saya - ASTRO : MySTORY 2010 Campaign. Rasanya dalam TV pun iklan ni dah pun disiarkan. 


Kempen ini diadakan bagi menyokong gagasan 1Malaysia di mana semua rakyat Malaysia diberikan peluang untuk turut serta dalam kempen ini dengan menghantar rakaman kepada pihak ASTRO yang menyatakan nilai2 1Malaysia dari sudut pandangan masing2.  Rakaman anda mestilah tidak lebih dari 5 minit & boleh menggunakan bahasa Melayu,  bahasa Inggeris, bahasa Cina & bahasa Tamil atau dialek2 lain.

Baru saya perasan kempen ni dah agak lama rupanya, bermula pada  6 Jun 2010 & tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2010. Bagi anda yang ingin tahu syarat & peraturan ASTRO : MySTORY 2010 Campaign ni bolehlah dapatkan di SINI. Hmm.. masih ada masa lagi untuk saya turut serta dalam kempen ni. Kena kumpul idea dululah :)

Post a Comment

0 Comments