03 June 2010

Askar Israel arah Samsul Kamal tanggal seluar

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, saya sempat mendengar radio Hot.fm : rakaman perbualan antara Faizal Ismail, Fara Fauzana & jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang menceritakan pengalaman beliau ditangkap oleh askar Israel. Ya Allah, seramnya..tak dapat bayangkan betapa kejamnya tindakan yang dilakukan oleh Israel.

Sampai di sekolah, cepat2 saya buka internet untuk baca Berita Harian online. Saya nak kongsi berita tentang pengalaman jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip :

SALINA mendengar perkembangan terbaru mengenai suaminya menerusi televisyen di kediamannya dengan ditemani kakak iparnya Rozita Abdul Latif (kiri), ibu, Juslen Mohd Yunus dan Zarith Zakuan, semalam. 

Samsul Kamal Abdul Latip, diarahkan oleh komando Israel supaya menanggalkan seluarnya di depan lebih 60 tahanan untuk pemeriksaan lanjut pada tubuhnya ketika kapal berlabuh di Haifa, Israel. Ketika diarahkan menanggalkan seluar, Samsul Kamal hanya menurut perintah tanpa memikirkan perasaan malu kerana terlalu takut dan hanya berlaku beberapa minit saja selepas komando yang memeriksanya gagal menemui sebarang peralatan mencurigakan.  Ketika dihubungi Berita Harian, di Jordan semalam, beliau berkata :

“Saya membiarkan saja mereka memegang dan menolak badan kerana hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri. Yang bermain di fikiran hanya keluarga di tanah air. Mereka merampas kamera video, komputer riba dan kad SIM telefon bimbit selepas tidak menemui alat lain,”
Berita penuh sila click SINI

Ini pula berita tentang wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail yang dapat merasai azab seperti penduduk Palestin.

ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur sejurus tiba di Jordan, semalam.

KUALA LUMPUR : Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu. 

Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.

Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.
“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami."
Berita penuh sila click SINI

0 Comment:

Post a Comment