10 June 2010

,

Aqasha : pelakon Mertua vs. Menantu selamat bertunang

Sambil menonton TV saya jenguk2 facebook. Selain bagi respon pada status kawan2, saya juga rajin membelek gambar2 terbaru yang dimuatnaik di dalam facebook. Tiba2 ada beberapa keping gambar yang menarik perhatian saya. Cuba teka gambar apa? Ahaa..saya nampak ada beberapa keping gambar majlis pertunangan pelakon Aqasha yang diambil oleh juru gambar rasmi pihak perempuan.

Hmm...saya tak tahu sama ada pihak media & peminat2  pelakon Mertua vs. Menantu (setiap Rabu 9.30 malam) ni dah tahu atau tidak tentang berita pertunangan palakon Aqasha ni. Kalau baru tahu, janganlah anda menangis ye. Seorang lagi hero Malaysia dah pun bertukar status. Perempuan yang bertuah menjadi permaisuri hati Aqasha  itu bernama Baizura, sangatlah ayu rupa parasnya. 
 
Di bawah ni adalah gambar2 majlis pertunangan Aqasha & Baizura yang diambil dari facebook. Majlis pertunangan ini diadakan secara tertutup & dihadiri oleh keluarga serta rakan2 terdekat sahaja.


0 Comment:

Post a Comment