27 May 2010

Tumbuk muka cikgu

Kecut perut saya bila baca tajuk muka depan Harian Metro semalam - Pelajar tumbuk muka bertubi-tubi Belasah guru. 
"Dia bukan saja dimaki hamun pelajarnya sendiri, malah ditumbuk bertubi-tubi di muka hingga cedera. Dalam kejadian Isnin lalu itu, pelajar berusia 13 tahun terbabit dikatakan gagal mengawal perasaan selepas didenda gurunya yang berusia 24 tahun kerana tidak membawa buku teks" - Harian Metro 26 Mei 2010

Berita penuh sila click SINI

Teruk betul perangai pelajar sekarang. Guru yang sepatutnya disanjung & dipuja dah jadi bahan melepaskan geram. Makin mencabar rasanya bergelar seorang GURU. Untuk guru2 di luar sana, moga terus tabah mendidik anak bangsa. 

Tiba2 teringat insiden semalam. Waktu saya menjaga peperiksaan tingkatan 5, pelajar2 tingkatan 1 di bangunan sebelah buat bising. Saya naik ke kelas & minta pelajar duduk di tempat masing2 serta kawal keadaan kelas tersebut. Peperiksaan bagi pelajar tingkatan 1 akan berjalan 1 jam selepas itu. Alhamdulillah semua pelajar mengikut arahan :)

 28 Mei 2009 : majlis potong kek bersama pelajar Tingkatan 1 Naim

nota kaki : Cikgu Laili adalah guru kelas 1 Naim..

1 comment:

  1. kesian cikgu bila diperlakukan begitu... apalah salah cikgu tuh.. murid pun satu hal.. samseng sangat.. mcm mana la nak jadik org esok esok... huhuhuhuu



    klik sinie jom...

    ReplyDelete