Tempat Selamat Buang Anak Luar Nikah

Mesti anda ingin tahu di mana tempat yang selamat untuk buang anak luar nikah, kan? Jangan salah anggap ye. Entri ni bukan menyokong gejala pembuangan anak yang semakin berleluasa sekarang ni, cuma ingin berkongsi makumat yang saya baca dari akhbar Utusan hari ini.

Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia

PETALING JAYA 29 Mei - Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.

Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini.
 Berita penuh boleh dapatkan di SINI.

Yang menariknya, usaha ini sudah tentu mendapat sokongan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.

Hmm..sebelum ni saya pernah juga di radio tentang cadangan tempat untuk membuang/meletakkan anak luar nikah. Tak sangka pula usaha ke arah itu telah pun dilaksanakan. Pada saya ada baik & buruknya penubuhan Orphan Care ini.

Yang baiknya dah tentulah anak2 luar nikah yang tidak berdosa itu akan mendapat tempat perlindungan & tidaklah dibuang di mana2 yang difikirkan sesuai oleh ibu/bapa anak tadi. Iyelah..bukan anak dari perkahwinan yang sah, siapa yang nak bela, kan? Yang buruknya pula Orphan Care ini seolah2 menjadi tempat yang akan dituju oleh pasangan2 yang meahirkan anak2 luar nikah. Pokok pangkalnya janganlah hampiri zina kerana dari situlah berlaku kehamilan & melahirkan anak luar nikah..

Bagaimana pendapat anda pula? 


Post a Comment

12 Comments

  1. aah, ptot buat mcm ni lame dah..kat overseas byk dah buat mcm ni..kurang2 kita boleh selamatkan nyawa bayi yg tak berdosa..didik mereka jd insan lebih baik..

    ReplyDelete
  2. Fathiah : kes buang anak & anak tu dibunuh hidup2 lebih kurang sama zaman jahiliyah. inilah tanda2 kiamat semakin dekat..

    ReplyDelete
  3. Saya rasa tempat tu perlu, sbb banyak sgt kes buang anak. tak per lah kalau tadak org nak amik jaga pun, at least tak mati merata2. kesian.

    Tapi, pada masa yg sama, kena bendung yg part hampiri zina tu. Eg: couple2, disko2, bistro2, kena educate mak pak tentang had kebebasan anak2, curfew mungkin, tutup aurat, solat etc.

    ReplyDelete
  4. Liyana : nak salahkan siapa ye kalau perkara begini berlaku? yang pasti individu tu sendiri kena pandai jaga diri & pergaulan. tapi ada juga yang jadi mangsa cth mangsa rogol & sumbang mahram. bila dah mengandung, dah tentu takde siapa nak jaga anak tu. entahlah..dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  5. aku memang tak setuju dgn penubuhannya...1000x aku tak setuju...kita biasa dengar kerajaan kata "mencegah lebih baik dari mengobati".....apa yg berlaku disini adalah "mengubat"..bukan "mencegah"

    ReplyDelete
  6. dayat : betul..betul..betul

    ReplyDelete
  7. Laili, nak salah sapa?
    yang paling salah dalam hal2 macam ni adalah mak bapak kpd orang2 yg buang anak (datuk nenek bayi tu la). macam kes remaja yg tertembak tu, saya pun heran, mak dia benarkan pulak keluar malam2 pukul 2 3 pagi..

    bak kata laili la, cegah dari mendekati zina. zaman skrg, mak pak punya la sporting, sampai tanya khabar boyfren etc, sepatutnya kena cegah.. anak2 dah masuk sekolah menengah masih belum tutup aurat, masih tunggang langgang solatnya..ni salah mak pak, takkan nak salahkan cikgu kat sekolah, hehe..

    kalau boleh, saya nak jer kerajaan sebat sekali mak bapak budak2 yg dorang tangkap tu, atas kesalahan tak reti jaga anak.

    ReplyDelete
  8. k.e...kami (jkm) dah ada tubuhkan satu rumah namanya Pusat Sinar Kasih di bt Gajah. Konsepnya sama cuma di sana ibu dijaga sehingga bersalin.anak kemub=dian akan diserah kepada keluarga angkat. Sepanjang di sana mereka akan diajar dengan ilmu agama. dan majoriti yg datang adalah yg telah terlanjur dan family x tau dah mengandung. dan amat mengejutkan bila pusat ini sentiasa fully book..

    ReplyDelete
  9. Liyana : tugas ibu bapa sekarang kenalah terapkan nilai2 islam sejak kecil lagi. kalau anak perempuan tu, jgnlah asyik dipakaikan dengan skirt pendek, baju seksi & tidak bertudung. secara tak sedar anak2 dah terbiasa dgn pemakaian sebegitu.

    tapi nak salahkan ibu bapa pun tak boleh juga. kalau anak2 remaja tu panjang je akalnya & sentiasa nak cuba sesuatu yg baru..

    ReplyDelete
  10. cam maner nk dptkn lbh info ttg orphan care ni...?? perlukn lbh info tuk asgmnt...tq

    ReplyDelete
  11. anda boleh dapatkan maklumat dengan menghubungi pihak berkenaan di sini

    harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  12. tapi tak semua disebabkan oleh kehendak.saya mangsa rogol.sebelum ini saya dipukau.saya hanya tahu saya mengandung apabila usianya mencecah 5 bulan.saya buntu nak buat macamana.orang lain takkan faham apa yang saya alami.

    ReplyDelete