10 May 2010

Pilihan Raya Kelas

Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang p&p subjek Sejarah Tingkatan 5. Minggu ni silibus saya dah masuk Bab 7 : sistem pemerintahan & pentadbiran Malaysia. Sepertimana yang sedia maklum, negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen & raja berperlembagaan. Salah satu ciri demokrasi berparlimen adalah pilihan raya.

Untuk memberi lebih pemahaman kepada murid, saya adakan simulasi (lakonan) bagaimana proses pilihan raya diadakan dan bagaimana situasi semasa hari pengundian. Umur mereka memang belum layak untuk mengundi (baru 17 tahun)  dan merasalah mereka membuang undi di dalam peti undi yang saya sediakan. Cuma ada dua parti : parti bulat & parti bintang.  Gambar-gambar di bawah adalah laporan bergambar pilihan raya yang diadakan di kelas 5 Ma'wa (5M) & 5 Firdaus (5F) :


 Siap ada poster pilihan raya (5M)

Tempat untuk membuang undi (5M)

Murid beratur untuk semak nama & ambil kertas undi (5F)

Calon2 yang bertanding (5M)

 Proses membuang undi (5F)

 Peti undi dibuka (5F)

 Pengiraan undi dijalankan (5M)

Ada juga undi rosak (5M)

Meraikan kemenangan calon (5F)

Kemenangan parti bintang (5F)

0 Comment:

Post a Comment