13 May 2010

Piala Thomas : Syabas skuad badminton Malaysia!


Jika semalam rakyat Malaysia agak kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh skuad badminton Malaysia yang kalah di tangan Jepun, tapi selepas ini kita semua boleh senyum sampai ke telinga. Perjalanan skuad negara untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Thomas akhirnya berjaya! Syabas & tahniah. Semoga Malaysia akan terus berjaya menewaskan China pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini. Amin.

Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua.

Kedudukan kemudian terikat 2-2 apabila pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

* Sumber : Berita Harian Online

2 comments:

  1. time lawan china nanti jangan la player malaysia semua buat hal. haihh

    ReplyDelete
  2. Aidi-Safuan : yup..harap2 mereka boleh menang :)

    ReplyDelete