P Ramlee dalam kenangan

Bila sebut nama P Ramlee aje mesti semua orang kenal, kan? Tahu tak hari ni genap 37 tahun pemergian seniman agung negara ni. Beberapa minggu lepas, saya sekeluarga berkesempatan ke Pustaka Peringatan P Ramlee. Masa tu tak rancang pun nak ke sana. Cadangnya nak ke Zoo Negara tapi orang terlalu ramai, jadi kami pun ke Pustaka Peringatan P Ramlee memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat.

Serba sedikit tentang Tan Sri P Ramlee :


P. Ramlee atau Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pualu Pinang pada 22 Mac 1929. Ayah beliau, Teuku Nyak Puteh berasal dari Aceh, Indonesia, manakala ibu beliau, Cik Mah berasal Kedah.
P. Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Jawa, kemudian meneruskan persekolahan beliau di Sekolah Francis Light dan di Sekolah Penang Free. P. Ramlee banyak memberikan tumpuan pada muzik daripada buku pelajaran P. Ramlee tidak kisah lemah dalam pelajaran asalkan beliau bebas bermain muzik dan menyanyi. 
Sewaktu pendudukan Jepun di Malaya, P. Ramlee memasuki Kolej Tentera Laut Jepun (Kaigun). P. Ramlee terpengaruh dengan disiplin tentera Jepun yang tinggi dan semangat cintakan bangsa dan negara mereka yang kuat. Di kolej itulah Ramlee belajar bahasa Jepun. Bakat besar P. Ramlee dalam bidang seni suara dikesan oleh seorang pengarah India, iaitu B. S. Rajhans yang ketika itu menyaksikan persembahan pentas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
Dalam persembahan tersebut, P. Ramlee menyanyikan lagu, Azizah hasil ciptaan beliau sendiri. Pengarah B. S. Rajhans yang mewakili Malay Film Productions (MFP) menawarkan pekerjaan di MFP kepada P. Ramlee. P. Ramlee menerima tawaran tersebut kerana mengangapnya sebagai peluang keemasan yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup beliau.
Sejak kecil lagi saya biasa menonton filem lakonan P Ramlee. Kalau nak disebut satu persatu memang banyak. Antara yang saya ingat : Ahmad Albab, Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Nasib Do Re Mi, Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali dan lain2 lagi. Memang tak bosan kalau menonton filem2 tu.

Post a Comment

0 Comments