05 May 2010

Oblong

Pernah dengar perkataan OBLONG? Sebelum ni saya tak pernah tahu pun ada makanan yang dipanggil dengan nama OBLONG. Mungkin di tempat saya ni kurang glamour agaknya. Awal tahun ni saya teringin sangat nak makan burger (bukan mengidam tau) & minta suami belikan di Sungai Besar.

Sampai di rumah je, saya agak terkejut sebab bungkusan burger tu agak besar. Bila dibuka, barulah suami beritahu itulah OBLONG. Rasanya seakan2 Prosperity Burger dari McDonalds tu. Inilah rupa OBLONG di tempat saya. Harganya cuma RM3.50 : ayam & daging.

Sungguh menyelerakan :)

0 Comment:

Post a Comment