Berita gembira

Waktu saya menaip entry ni, saya masih tersenyum gembira. Mana taknya, hari ni ada 3 berita gembira yang saya terima. Nak tahu apa dia? 

1. Saya tak jangka bulan ni gaji masuk awal. Biasanya 25hb baru masuk. Tup2 pagi tadi tergerak hati nak check akaun bank secara online. Alhamdulillah..gaji bulan Mei dah masuk. Di kepala ni macam2 perkara yang bermain di fikiran. 

Oppss..saya simpan dulu cerita tentang ni. Kalau dah jadi nanti baru saya beritahu. Tunggu..!

2. Ingat lagi entry saya tentang temuduga SPP? Kalau tak berapa ingat, boleh baca di sini. Sebenarnya dah banyak kali saya check keputusan temuduga tapi status tetap sama. Risau juga kalau tak lulus. Hari ni, tup2 saya terima surat dari SPP. 

Alhamdulillah..akhirnya penantian saya berakhir juga hari ni. Saya check status SPP melalui internet. Ya! Memang saya dah lulus temuduga :)

3. Hari ni ada pemantauan dari pegawai JAIS di sekolah kami. Memang dah agak saya akan jadi salah seorang guru yang akan dipantau semasa sesi p&p berjalan. Kecut perut juga saya dibuatnya. Ini kali pertama orang luar akan memantau p&p saya selain pensyarah waktu praktikum KPLI dulu. 

Perasaan gementar hilang sedikit demi sedikit selepas 15 minit p&p berjalan. Semasa rumusan hasil pemantauan dibentangkan, hati saya berdebar2. Rupa2nya hanya seorang guru sahaja yang dicerap - sayalah tu. Alhamdulillah, saya dapat markah cemerlang :)

Post a Comment

4 Comments