09 April 2010

Portal sekolah & kelas fotografi

Dalam minggu ni saya telah menghadiri kursus membina portal sekolah yang diadakan di PKG Sabak Bernam. Saya bukan guru ICT tapi hanya menggantikan tempat guru ICT yang sedang berpraktikum sekarang ni. 

Walaupun saya sendiri dah ada blog, banyak juga ilmu baru yang saya dapat. Terima kasih kepada sifu yang mengajar. Lepas ni kenalah buat in-house-training untuk guru lain. Saya cuma buat tapaknya aje. Nak tengok rupa portal sekolah saya? Inilah dia hasil tangan saya. 


Ok, habis cerita tentang portal sekolah. Sekarang nak cerita tentang kelas fotografi pulak. Sebenarnya saya tak sabar nak ke kelas fotografi yang dianjurkan oleh Zaza LensaMama hari Ahad ni. Suami pula terlibat dengan hari kecemerlangan di sekolahnya. Nak tak nak kenalah saya bawa Amir & Aliyah ke rumah kakak di Kota Damansara. Tinggalkan mereka berdua & bolehlah saya pergi ke kelas tersebut dengan aman :)

 Nampak tak nama saya? Dah bayar awal² lagi :)

Lepas tamat kelas fotografi nanti bolehlah saya rakamkan gambar² yang lebih cantik. Tungguuu.. 

0 Comment:

Post a Comment