03 April 2010

Beautiful Blogger Award

Entry kali ni cukup bermakna sebab sepanjang saya berblog (2002 - 2010) iniah award pertama yang saya terima - Beautiful Blogger Award. 


"Terima kasih banyak² diucapkan kepada Puan Mastura kerana  sudi memberikan award ini kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan² blog atas sokongan & dorongan yang diberikan untuk saya terus berblog. Sebenarnya blog saya baru saja berubah wajah. Kalau nak tengok wajah blog saya yang lama boleh lihat di entry Wajah Baru ni."

Psstt...macam gaya pelakon yang tak disangka² menang anugerah je kan? hehe!  Korang WAJIB singgah ke blog Puan Mastura yang sudah semestinya CANTIK. Tak percaya? Cuba tengok ni : 



Ok, sekarang saya nak kena senaraikan 7 perkara tentang diri saya pulak (yang mana tidak semua orang lain pernah tahu). jeng..jeng..jeng :

1.  Saya seorang cikgu & pernah jadi seseorang beberapa tahun sebelum tu. Jangan tanya kenapa saya tinggalkan pekerjaan tu, dah rezeki saya untuk menjadi seorang GURU.

2. Saya tidak pernah memandu kereta setelah berjaya mendapat lesen (tahun 2001). Mula memandu waktu dah beli kereta sendiri (kereta berwarna hitam - warna pilihan ayah saya) beberapa tahun kemudian.

3. Tiga buah lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali : Asmaul Husna, Hampir Ke Situ, Dan Sebenarnya.

4. Saya tak berapa pandai menaip & membaca SMS yang menggunakan perkataan singkatan.

5. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang saya - anak saya baru SEORANG. Ramai yang ingat anak saya sudah LEBIH dari seorang.

6.  Kawan saya ramai. Antaranya : kawan2 dari SKSHD, SMKASL, UIA, IPIP, SAMTAJ, susuibu.com, forum mesra.net, gengjurnal, chat dll

7.  Saya tak sabar nak tengok anak saya mula bersekolah (tahun depan, insya ALLAH)

Di bawah ni adalah senarai beberapa orang yang layak menerima Beautiful Blogger Award dari saya (ada ramai sebenarnya tapi saya bagi secara berperingkat). 

TAHNIAH untuk mereka :

1.  Atie
2.  Yan
3.  Izah
4.  Nonie
5.  e-Car 
6.  Aida
7.  Hayatie
8.  Zety
9.  Fid
10. Rahani

6 comments:

  1. maceh kak bg awards nih.. InsyaAllah sy tepek kt blog k..

    ReplyDelete
  2. tenkiu k.e...nnt aku wat satu post... lama dah bersawang blog tu.. akan aktif bermula cuti semester ini..huhu

    ReplyDelete
  3. sama2 yan.

    bersawang pun masih tetap cantik. sebab tu patut dapat award :)

    ReplyDelete
  4. lama tak ke sini.memang semakin cantik blog ni skrang...tahniah:)

    ReplyDelete