20 April 2010

Amir demam

Hari ni saya tak ke sekolah, menjaga Amir yang demam & batuk. Sejak malam tadi lagi dia mengadu dengan saya, "Ibu, Amir batuk". Kesian pula melihatnya. Nak menonton TV pun Amir tak selesa sebab sekejap2 dia akan batuk. Saya pegang kepala Amir. Panas..cuma tak tahu berapa suhunya. 

Di rumah memang saya & suami simpan ubat batuk, demam & selsema untuk Amir. Iyelah, mana kita tahu anak akan demam. Jadi, malam tadi saya dah berikan ubat demam & batuk untuk Amir makan.

Pagi ni, demam masih panas. Nak tak nak kenalah saya ambil cuti jaga anak. Bila telefon pengasuh Amir untuk beritahu saya tidak hantar Amir ke rumahnya hari ni, makcik tu beritahu sejak semalam lagi Amir dah mula batuk. Hmm..patutlah menjadi2 batuknya malam tadi..

Tolong doakan semoga Amir cepat sembuh ye :)

 Amir baring atas lantai

0 Comment:

Post a Comment