05 March 2010

Outdoor Photoshoot

Minggu lepas (hari Sabtu & Ahad) kami tiga beranak telah buat outdoor photoshoot sendiri. Tempat pertama yang kami pergi ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar (lebih dikenali sebagai pantai BNO). Nak cuba posing di tepi pantai sebenarnya. Waktu tu ramai juga orang & agak sukar nak pilih port. Akhirnya dapatlah beberapa shoot yang agak cantik (di mata saya).


 

Lokasi kedua ialah rumah mak mertua, dekat sawah padi. Tapi sayang sebab padi belum ditanam lagi (baru lepas dituai). Kena tunggu beberapa bulan lagi untuk photoshoot di sawah padi lagi.

 

 

Hujung minggu ni kami rancang nak buat photoshoot di padang permainan pula. Nak rakam aksi Amir main bola sepak pula.

5 comments:

  1. bestnye dpt ambik gambar...sya selalu lupa bwk kamera...nk snap ngn phone pun bole lupa..plg rugi masa bwk kereta dlm banjir...he3...

    ReplyDelete
  2. nice shoot..
    actually, cikgu laili, u stay kat mana yer?

    ReplyDelete
  3. mastura : terima kasih. saya duduk di Sungai Besar. pernah sampai ke sini ke?

    uMMiIRa : kena rajin bawa kamera, baru boleh jadikan kenangan

    ReplyDelete
  4. betul dah tu...ptg td kuar nk pegi mesra mall, lum sampai destinasi..bdk2 dh tido...yg kelakarnya si adik tido kt tgh kerusi depan...sygnye kamera tk byk...so snap je la ngn telepon...tp tk bole nk upload sbb tk de wayar...huhuhu..ni nk kena beli jugak wayar nampaknya... ;-)

    ReplyDelete
  5. alahai..takde wayar pulak ye?
    takpe, nnt beli & boleh upload dalam blog.

    hari ni kami nak ke KLIA. mungkin boleh buat photoshoot di sana :)

    ReplyDelete