22 March 2010

Minggu yang sibuk

Cuti sekolah dah pun tamat semalam. Hari ni bermulalah sesi persekolahan yang baru. Kertas² Ujian Prestasi 1 dah pun diedarkan semula kepada pelajar. Alhamdulillah, keputusan mereka ditahap yang baik. Untuk subjek Sejarah, saya belum habis mengira markah mereka. Untuk subjek Tafsir & Hadith pula ada beberapa orang pelajar yang dapat markah 100!

Minggu ni agak sibuk juga bagi diri saya :

Hari Isnin - p&p + mengedarkan semula kertas ujian pelajar.

Hari Selasa - jadi pegawai merentas desa (hakim semak) di SMKASL (memang seronoklah sebab dapat kembali ke sekolah lama)

Hari Rabu -  bertugas di padang bola sepak. Sekolah kami dilantik sebagai tuan rumah pertandingan bola sepak daerah

Hari Khamis - interview SPP di Putrajaya (tolong doakan saya)

Hari Jumaat - persiapan untuk Hari Kecemerlangan + Mesyuarat Agung PIBG

Hari Sabtu - belum ada apa² perancangan (harap² bolehlah melepak di rumah aje)

Hari Ahad - Hari Kecemerlangan + Mesyuarat Agung PIBG

.
.
.
.

Padatkan aktiviti saya sepanjang minggu ni?

Entah sempat ke tidak nak pergi ke Pesta Buku Antarabangsa...~

0 Comment:

Post a Comment