14 February 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Saya rasa gembira sebab cuti sempena tahun baru Cina tahun ni agak lama - Isnin hingga Rabu. Beza dengan suami, dia hanya cuti sehingga hari Selasa. Kira bonus satu hari untuk saya. Macam² yang kami rancang sempena cuti ni. Ingat nak berjalan ke negeri orang tapi entahlah..tak tau nak pilih destinasi mana..

Biasanya waktu cuti saya biasa mengadap laptop - surfing, online shopping & sudah tentu berfacebook. Saya agak kekok menggunakan layout facebook yang baru ni.  Banyak juga yang dah berubah. Apa²pun saya tetap akan menggunakan facebook berbanding friendster. Walaupun layout friendster juga berubah, saya lebih sukakan facebook. Jangan tanya kenapa..sebab memang saya SUKA..

 

Cerita tentang jiran - jiran sebelah kanan rumah kami berbangsa Cina dan sebelah kiri pula berbangsa Melayu. Walaupun hampir 2 tahun kami tinggal di sini tapi kami kurang mesra. Setakat senyum² tu adalah. Dalam tahun ni kami akan berpindah ke rumah baru. Nampaknya saya kena ubah sikap - lebih ramah & mesra dengan jiran²..

2 comments:

  1. salam, kak laili, minta izin curi gambar dari fesbuk. nak letak kat blog. tq

    ReplyDelete