04 February 2011

Andainya ku faham dan sedar

Andainya ku faham dan sedar
dunia ini hanya sementara
Takkan ku terlampau bersorak, ketawa dan gembira 

Andainya ku faham dan sedar
ujian-NYA itu menduga iman dan menghapus
Takkan ku terlalu kecewa, berduka lara 

Andainya ku faham dan sedar
harta kekayaanku adalah amanah
Pasti ku perbanyakkan sedekah dan bantu si fakir yg susah


Andainya ku faham dan sedar
harta kekayaanku akan dihisab
Pastiku tidak taburkan ke jalan salah dan untuk bermegah


Andainya ku faham dan sedar
cinta sejati itu hanya untuk-NYA
Pasti takkan ku serahkan sepenuhnya pada mahkluk lemah sepertiku 

Andainya ku faham dan sedar
rezeki, nikmat kurnia dari ehsan-NYA
Pasti takkan ku dabik dada berkata

"ini semua adalah dari hasil usahaku semata" 

Andainya ku faham dan sedar
yg ilmu ku hanya setitis tinta dilautan
Takkan ku mencabar ketentuan dan perancangan Tuhan 

Tetapi mengapa ku masih tidak faham dan sedar
jalan yg ku pilih ini sudah lari dari landasan sebenar
Mengapa kamu tidak memberi peringatan kepada aku?


* Pernah diterbitkan dalam blog laili.diaryland.com pada tahun 2003

0 Comment:

Post a Comment